Monday 20 August 2012

The Bourne Legacy Yang Main Satu Permainan Dengan Abang Ipar


Beberapa hari sudah aku nengok wayang. Tajuk cerita The Bourne Legacy, itupun lepas aku nengok senarai filem melayu yang ada now showing tu sumpah tak best. Bukan tak gemor tak nengok cerita orang melayu, cerita yang mencermin budaya yang bangsa kita, cerita kita. Cuma aku tak berapa gemor nak nengok pelakon terlompat-lompat macam beruk ni, terjerit sana terjerit sini. Biasa la, komedi kan. Komedi memang kena ada macam monyet sikit-sikit. Baru la kelakar, kalau tak monyet tak kelakar la.


The Bourne Legacy, heronya Jeremy Renner, heroin Rachel Weisz. Pengarahnya brader Tony Gilroy, dia jugak yang tulis skrip. Jadi ini memang cerita dia la. Tapi apa yang aku nak cakap, sumpah cerita ni tak best. Cuma tahap dia punya tak best tu, tak ada la sama macam cerita melayu yang terjerit-jerit tadi tu. Kalau nak banding dengan yang itu, The Bourne Legacy ni memang filem terbaik la. Cuma kalau nak banding dengan filem Holywood yang lain, memang tahap bosan.


Motif cerita ni, hero dia nak dibunuh. Kenapa nak dibunuh? Sebab program yang melibatkan hero tu dah ditamatkan. Jadi hero kena dibunuh. Sebab kalau tak dibunuh dia orang jadi mutan kot. Ntah, aku pun tak tahu kenapa nak dibunuh sangat, yang penting dan perlu ditahu ialah, mesti kena bunuh. Nak tak nak terpaksa.

Mula-mula cerita heronya sedang dalam satu misi, misi apa kebenda ntah. Sampai sudah aku tak tau, cuma bila sampai di satu check point, misi macam dah tamat. Jadi macam aku cakap tadi, bunuh!

Jadi kisah ini ialah kisah hero yang lari, kalau hero lari dah tentu-tentu bawak heroin. Takkan dia bawak abang ipar pulak, padahal boleh je buat kalau hero lari dengan abang ipar, lepas tu dalam perjalanan dia kena main permainan dengan abang ipar. Itu kalau aku buat cerita la. Sebab dia kena bawak lari heroin tu ialah sebab heroin perlu diselamatkan.


Ini benda biasa la, benda yang normal akan berlaku dalam filem hollywood, lari dengan heroin sebab heroin ada menyimpan satu rahsia dan rahsia tu takkan disimpan oleh seorang lelaki tua gendut yang berjanggut. Sebab kalau dah macam tu punya boyot dan gemuk, siapa yang nak tengok lama-lama. Kan? Silap-silap tak payah tunggu orang jahat datang, hero sendiri yang bosan-bosan akan bunuh orang dia nak selamatkan tu balik.

Bila dah lari punya lari, akhir sekali mestila ada scene orang jahat bertembung dengan hero. Maka akan jadilah scene kejar mengejar. Ye! Memang ada! Cuma kalau ada pertandingan bertanding scene kejar mengejar terbaik dalam festival filem antarabangsa, dah tentu-tentu punya scene kejar mengejar dalam The Bourne Legacy tak masuk bayang nak disebut calon-calon nya pun takda. Takda! Takda! Tau?


1 comment:

  1. Yang heronya saudara lah.sbb hero suka menyorok.panjang lebar.bertutur dalam bahasa melayu tampa kelihatan muka.bertutur biar ikut format iaitu TERANG,KUAT DAN JELAS.saya merasakan teruja dengan saudara,teruja kerana saudara ada sedikit kebijaksanaan merancang sesuatu yang tidak baik kepada seseorang yang saudara secara peribadi tidak menyukai seseorang itu.MERANCANG untuk seseorang itu adalah sgt bagus.But.!! Biar untuk kebaikkan terhadap individu tersebut.@ Saudara ni adalah yang terbesar di alam ni.bab kata oldman,god if the world??? Sangat mengagumkan.PERNAH tak alamiiiiiii...ape eh nak cakap.haaa.bru igt.Kesihatan org tua saudara disebabkan perkara hal pekerjaan tetapi dilemparkan kepada org tua kita,isteri anak kita???

    ReplyDelete