Thursday 26 July 2012

Nice Try

Aku perhatikan dia makin lama makin tajam. Sengaja. Biar dia gelisah resah tak menentu. Untung-untung nasib mana tahu kalau dia datang sini. Tegur aku kenapa awak usha saya dari tadi ye? Terus senang aku cakap, aku dah tertarik dengan kau. 


Rasanya-rasanya penampilan aku ni kalau pun tak cukup untuk menarik dia. Tapi cukup untuk membuatkan aku nampak tak terlalu selekeh rasanya. Seluar khaki Dockers dengan t-shirt hijau berkolar 'V'. Juga   dari uptown. Biar tak kaya yang penting gaya.

Aku tunggu... tunggu lagi. Sampai dia bagi respon atau tanda-tanda yang aku boleh bergerak ke episod selanjutnya. Contohnya cukup kalau dia senyum balik, atau dia tantang lawan mata aku sambil angkat kening, atau jeling yang berlagak. Itu dah cukup. Itu dah cukup memberi makna yang dia hanya tunggu aku untuk bertindak. Tapi sampai sekarang, respon-respon macam tu masih tak ada lagi.

Dia mengenakan kurung moden warna agak kekelabuan dengan jalur bunga purple. Potongan mengikut bentuk badan. Rambut kirinting separa bahu. Sebijik macam Lin dalam siri kartun Bersama Selamanya. Kalau kau membesar era hujung 80an dan 90an pasti kau tahu dengan kartun tu. Lin dalam siri Bersama Selamanya awek pada Amar, brader motor besar anak orang kaya yang tak sombong. Bersama Amar ada kawan-kawan lepaknya yang setia dan gila-gila.

Kalau kau tahu siri tu, mungkin kau dapat bayangkan Lin sekarang ini. Macam itulah dia. Aku rasa tak boleh lama-lama macam ni. Berdiri diam dekat sini apa yang aku dapat? Kalau aku gerak ke dia, dan tegur dia, untung-untung nasib kalau dia layan ada jugak hasil. Kalau dia tak layan, padan muka aku, macam biasalah. Aku kena bergenang pada prinsip nothing to lose.

Aku atur kaki perlahan-lahan. Mula gerak ke dia. Dia juga dah mula perasan aku datang kepadanya. Dia tengok muka aku, tanpa sebarang reaksi, cuma matanya yang tajam menentang mata aku. Ah! Melawan pulak dia ni. Memang ada can lah nampaknya. Kejap lagi aku kenalkan diri aku, aku akan cakap aku suka usha dia dan dia ada baju kurung moden yang cantik. Perempuan kan suka dipuji. Selepas itu, dia akan senyum dengan pujian aku, dan aku akan belanja di minum-minum di area sini. Kalau dia nak. Kalau tak nak pun, mungkin kita boleh bertukar nombor telefon dan jumpa lain kali.

Aku sekarang berdiri betul-betul menghadap dia. Tiba-tiba tangannya didepakan. Sebuah teksi berhenti di bahu jalan bersebelahan kami. Pintu teksi di buka. Dia melangkah masuk, dan sebelum itu dia sempat cakap di muka teksi sambil pandang muka aku.

Nice try, tapi lambat sangat. Bye.

No comments:

Post a Comment