Pernah sekali lama dulu aku duduk tunggu bas dekat satu stesen bas, dalam Kuala Lumpur. Keadaan masa tu dah lewat malam, dan bas yang aku tunggu merupakan bas terkakhir yang melalui jalan ke rumah aku. Orang ramai dah mula lenggang. Yang tinggal cuma aku dan beberapa orang lagi perempuan yang duduk jauh sikit.
Tempat aku berdiri, berhadapan dengan kedai serbaneka 24 jam, ada longkang besar didepan, dan di koridor kedai serbaneka ini ada seorang pengemis lelaki. Dia sedang bersiap-siap macam nak balik, lepas sehari suntuk aku rasa menadah tangan mohon simpati dari orang yang lalu-lalang.
Sekejap tadi aku baru bagi seringit dekat dia, kebetulan aku ada 8 ringgit, jadi lepas tolak tambang bas dan makan tengahari besok cukup la untuk aku, sementara menunggu gaji masuk esok lagi satunya pulak. Aku percaya, pahala memberi yang terbesar ialah memberi disaat kita juga memerlukan. Aku boleh cari duit lain, sebab aku ada kerja dan yang penting, aku ada kaki dan tangan.
Lelaki pengemis ni, dia hanya ada sebelah kaki saja. Sebelah lagi kudung separas lutut. Kesian.
Sewaktu dia sedang mengemas barang-barangnya aku ralit perhatikan dia. Timbul rasa simpati. Kemana dia nak tidur malam ni gamaknya. Dia ada rumah ke? Dah makan ke? Cukup ke duit seringit yang aku bagi tadi? Nak beli apa dengan seringit tu?
Dia terus mengemas, ambil beg sandangnya dan keluarkan sesuatu.
Kaki palsu?
Dia keluarkan kaki palsu dari beg. Terus dipasangkan ke lututnya dan seluar panjang itu segera diturunkan menutup bahagian yang palsu tadi. Sekarang sudah menjadi lelaki yang sempurna.
Ambil beg dan masukkan kolenya kedalam beg. Zipp beg terbuka luas. Dan semasa zipp beg terbuka luas itulah aku nampak dengan jelas berkoyan-koyan duit memenuhi ruang beg yang besar tu, sampai nak tutup zipp semula pun terpaksa tolak-tolak duit tu tekan ke dalam. Kemudian dia sangkut beg kebahu. Keluarkan sikit dan sikat rambut bagi lawa.
Siap merias rambut terus bangun. Segak dan bergaya. Tak macam tadi, baju koyak pun dah ditukar ke kemeja. Terus dia berjalan ke arah parking lot di seberang jalan.
Dan waktu ini sedang berjalan ke arah bas terakhir yang baru tiba.
No comments:
Post a Comment