Monday, 30 July 2012

Aku dan Alim

Aku tak ingat puasa ke berapa dan tahun keberapa. Tapi yang aku ingat, masa tu aku dalam darjah 5. Duduk kampung dan sekolah cara kampung. Hari tu aku belajar naik motor, yang tukang ajarkan tak lain tak bukan abang aku. Aku panggil dia Alim. Singkatan dari nama penuhnya. Sungguhpun nama Alim, tapi perangai tarak Alim langsung. Dia tipu mak aku, time orang sahur dia ikut sahur. Time orang berbuka dia pun  sama teruja nak berbuka. Tapi time orang tak nampak, dia makan ikut suka. Lepas tu bila nampak orang, pura-pura buat muka letih. 

Aku kesan dia berbakat dalam bidang lakonan. Cuma sayang bakatnya itu tak diasah. Kalau tak mesti dia setara Zizan Razak, tak pun Zizan Nin dalam hal-hal lakonan filem atau drama tv ni. Dan kalau tak jugak, mesti sekarang aku tengah DVD cetak rompak filem yang dia lakonkan. Ataupun sekarang ni mungkin aku sedang tengok dia berlakon jadi Alim dalam drama-drama ramadhan.

Berbalik pada cerita dia ajar aku nak motor tu. Pada masa tu waktu sedang tengahari. Aku cuba tunggang motor Yamaha CDI sambil dia duduk dekat belakang. Dia pegang bahu aku, suruh aku masuk gear no satu pelan-pelan. Aku tekan, ok, kau pulas minyak pelan-pelan lepas tu control. Kata dia dari belakang aku.

Aku buat macam yang dia cakap. Motor mula jalan pelan-pelan. Terhoyong hayang. Bawak dia macam mana kau bawak basikal jugak. Sama je. Sambung Alim lagi. Aku ingat lagi dia memang kata macam tu. Aku teruskan control handle macam mana aku biasa bawak basikal. Cuma bezakan motor ni lagi berat basikal. Dan tak payah kayuh. Makin lama-makin senang je aku rasa. Agak-agak keadaan dah stabil, Alim suruh aku masukkan satu gear lagi. Aku tanya betul ke? Dia jawab betul. Sekarang kena jalan laju sikit, kalau tak nanti enjin rosak. Gear rendah tak boleh lelama. Itu pesan Alim. 

Aku pun ok je. Aku tekan lagi satu gear. Tiba-tiba motor melompat. Halim kata tekan brek. Dia jerit di belakang. Lepas minyak-lepas minyak. Aku nak lepaskan minyak. Tapi ntah macam mana, aku pulas lagi minyak. Pulas lagi makin kuat makin banyak. Motor makin laju., makin laju, makin laju. Halim terus menjerit brek! brek! brek!

Tak lama lepas tu Alim diam. Bunyi motor mengaum pun diam. Semua diam. Keadaan senyap sunyi. Yang dengar, cuma bunyi air berbobok-bobok. Aku dengan Alim, dengan motor-motor sama terjun dalam parit.

Sunday, 29 July 2012

Friday, 27 July 2012

Mamak Yang Klise

Kedai mamak adalah kedai yang paling klise sekali. Terutama dekat area-area Lembah Kelang ni. Kau tahu kan mamak? Menu dia apa? Dan kesemua kedai mamak dekat mana-mana pun menu dia sama. Rasa pun lebih kurang sama jugak la. Dan bila cakap pasal kedai mamak, kita bukan cakap pasal makanan dia yang sedap atau tak, tapi kita akan cakap port lepak ok ke tak. Dan makanan tu pulak, macam aku cakap tadi la, kita dah tahu rasa dia macam mana, dan kalau sedap pun sedap yang macam mana.

Cuma, ada satu mamak yang kalau kita nak buat port lepak best, tapi bila soal makan, memang hampas. Hampas kelapa. Kau tahu hampas kelapa? Itulah dia kedai mamak yang bernama De Maju Nasi Kandar. Dekat Damansara Perdana. Nasi Kandar dia, kuah memang tak usah cakap la, bukan setakat cair je, ntah apa rasa aku pun tak tahu. Standart kedai mamak lain dia punya nasi kandar, sungguhpun tak pawer macam dekat Penang sana nun, tapi boleh la. Ini memang out habis.

Nak kata punya tak sedapnya makanan dia, sampai Maggi Goreng jadi tak sedap. Maggi Goreng kedai mamak ni kira benda yang safe la sepatutnya. Sebab guna benda yang sama, jenama yang sama dan cara masak yang sama dengan perisa yang sama. Tapi itupun boleh out jugak. Termasuklah Mee Sedap nya yang pun tak sedap. Mee Sedap atau Indo Mee pun jugak benda yang standart. Rendam dalam air panas lepas tu gaul dengan perencah letak telur mata. Ini Mee Sedap dengan Indo Mee dia boleh pulak jadi kembang semacam. Sampai nak makan pun geli.

Thursday, 26 July 2012

Nice Try

Aku perhatikan dia makin lama makin tajam. Sengaja. Biar dia gelisah resah tak menentu. Untung-untung nasib mana tahu kalau dia datang sini. Tegur aku kenapa awak usha saya dari tadi ye? Terus senang aku cakap, aku dah tertarik dengan kau. 


Rasanya-rasanya penampilan aku ni kalau pun tak cukup untuk menarik dia. Tapi cukup untuk membuatkan aku nampak tak terlalu selekeh rasanya. Seluar khaki Dockers dengan t-shirt hijau berkolar 'V'. Juga   dari uptown. Biar tak kaya yang penting gaya.

Aku tunggu... tunggu lagi. Sampai dia bagi respon atau tanda-tanda yang aku boleh bergerak ke episod selanjutnya. Contohnya cukup kalau dia senyum balik, atau dia tantang lawan mata aku sambil angkat kening, atau jeling yang berlagak. Itu dah cukup. Itu dah cukup memberi makna yang dia hanya tunggu aku untuk bertindak. Tapi sampai sekarang, respon-respon macam tu masih tak ada lagi.

Dia mengenakan kurung moden warna agak kekelabuan dengan jalur bunga purple. Potongan mengikut bentuk badan. Rambut kirinting separa bahu. Sebijik macam Lin dalam siri kartun Bersama Selamanya. Kalau kau membesar era hujung 80an dan 90an pasti kau tahu dengan kartun tu. Lin dalam siri Bersama Selamanya awek pada Amar, brader motor besar anak orang kaya yang tak sombong. Bersama Amar ada kawan-kawan lepaknya yang setia dan gila-gila.

Kalau kau tahu siri tu, mungkin kau dapat bayangkan Lin sekarang ini. Macam itulah dia. Aku rasa tak boleh lama-lama macam ni. Berdiri diam dekat sini apa yang aku dapat? Kalau aku gerak ke dia, dan tegur dia, untung-untung nasib kalau dia layan ada jugak hasil. Kalau dia tak layan, padan muka aku, macam biasalah. Aku kena bergenang pada prinsip nothing to lose.

Aku atur kaki perlahan-lahan. Mula gerak ke dia. Dia juga dah mula perasan aku datang kepadanya. Dia tengok muka aku, tanpa sebarang reaksi, cuma matanya yang tajam menentang mata aku. Ah! Melawan pulak dia ni. Memang ada can lah nampaknya. Kejap lagi aku kenalkan diri aku, aku akan cakap aku suka usha dia dan dia ada baju kurung moden yang cantik. Perempuan kan suka dipuji. Selepas itu, dia akan senyum dengan pujian aku, dan aku akan belanja di minum-minum di area sini. Kalau dia nak. Kalau tak nak pun, mungkin kita boleh bertukar nombor telefon dan jumpa lain kali.

Aku sekarang berdiri betul-betul menghadap dia. Tiba-tiba tangannya didepakan. Sebuah teksi berhenti di bahu jalan bersebelahan kami. Pintu teksi di buka. Dia melangkah masuk, dan sebelum itu dia sempat cakap di muka teksi sambil pandang muka aku.

Nice try, tapi lambat sangat. Bye.

Wednesday, 25 July 2012

Apa salah layan comel

Dulu-dulu ada hari dalam seminggu je, kalau pukul 7, semua budak-budak pakat tunggu depan tv. Nak tengok benda bulat-bulat dengan kocek ajaibnya. Dari kocek ajaib tu macam-macam boleh keluar, paling selalu sekali pintu perentas masa dengan helikopter buluh. Dan semua budak-budak macam tu, ada impian untuk bertemu dengan bintang bulat-bulat tu. Nak jadi bahagia dan bertuah macam Nobita, juga nak jadi pemalas.


Tuesday, 24 July 2012

Bilik Lelaki


Ini pemandangan biasa bilik lelaki. Maksud aku lelaki bujang, tak semua, tapi memang ada dan wujud. Ini tak teruk, ada lagi teruk. Kalau nak lepak kejap duduk-duduk, pandai-pandai kaulah nak ketepikan apa-apa yang patut. 


Ini pemandangan luar biasa bilik lelaki, maksud aku lelaki bujang. Luar biasa, tapi tetap wujud, cuma tak banyak. Ini tak cantik, ada lagi cantik Kalau lepak rasa tak nak keluar. Nak temankan abang tidur malam ni boleh? 


Tak boleh! Kata aku dengan tegas.



Monday, 23 July 2012

Lelaki Dan Dockers

Aku ni mungkin bukan penggemar fesyen hardcore. Yang giler-giler punya minat fesyen sampai jadi taik fesyen. Yang mana dalam setiap inci tubuhnya mesti dipenuhi fesyen terkini. Tapi aku mungkin peminat tegar bagi sesetengah jenama pakaian itu. Sebab aku rasa itu yang sesuai dengan aku, dan aku selesa. Untuk kasut aku lebih kepada Converse, rileks. Untuk seluar pula Dockers menjadi pilihan aku. Kenapa kedua-dua jenama ini yang menjadi pilihan aku.

Kerana kelelakiannya.

Kedua-dua ikon ini pada aku membuatkan lelaki yang menyarungkannya makin terserlah aura kelakian mereka. Nampak ada sedikit unsur-unsur kasar, tapi bukan barbarian. Nampak ada sedikit unsur ego tapi bukan angkuh. Benda-benda macam ni payah aku terangkan macam mana. Cuma kalau kau pakai aku rasa kau akan faham. Itu pun kalau kau suka dengan dua-dua ikon tu. Kalau tak suka, pergi jahanamlah, nak buat macam mana kan? Tapi cuba kau tengok beberapa gambar dekat bawah ni, mungkin kau akan faham apa yang cuba nak cakap tapi tak boleh nak terangkan. Dan aku, dah ada item-item yang dibawah ni ;






Sunday, 22 July 2012

Perempuan VS Lelaki

Perempuan akan masuk ke satu kedai, tengok mana yang berkenan. Pilih yang mana suka, dan bila jumpa mereka akan letak dan masuk ke kedai lain pula. Tak salah pun. Sebab mereka mahukan yang terbaik untuk wang mereka. Jadi mereka akan bandingkan kedai mana yang akan menawarkan harga yang lebih menguntungkan dan kualiti yang juga lebih baik. Bila sudah jumpa gabungan kedua-dua itu. Mereka akan letak, dan datang pada masa lagi, untuk membeli pula nanti. Jadi ini disebut membeli belah tingkap. Usha, pilih dan datang lain kali sekali lagi untuk dapatkan...

Lelaki,
kalau dia nak beli barang tu.
Dia belilah!

Saturday, 21 July 2012

The Dark Knight Rises Yang Power


Semalam hari kedua tayangan The Dark Knigh Rises, semalam jugak aku pergi layan mamat kelawar ni. Power! Cerita ni memang power! Aura power tak powernya ceritanya dah bermula di scena 1 pembukaan lagi. Selalu scena 1 orang memang buat power-power sebab nak kasi energi dan hint pada cerita kan? Ini memang betul-betul power. Bawak scene seterusnya jangan cakap la, memang tak boleh nak bernafas. Timing cerita memang laju giler, tak adanya nak rehat-rehat letak scena yang rileks-rileks. Semua menekan penonton. Nak keluar kencing kejap pun rasa rugi.


Kali ini kita akan lihat bagaimana Alfred lebih relevan, baginya kekuatan fizikal bukan lagi hal diperlukan untuk menetang kejahatan. Semua itu dah berlalu, tapi kali ini yang diperlukan ialah kekuatan akal. Hal ini membawa perselisihan faham antara beliau dan Bruce Wayne. Dan kalau dah namanya citer Batman tu, dia punya kelengkapan jangan cakap la. Memang jenis tak masuk akal punya. Cuma sedikit ralatnya bila, citer power macam ni pun ada klise orang jahat. Kalau aku cerita kat sini jadi spoiler pulak. Tak de point la korang nak tengok lagi kan.



Kalau nak cakap scene kegemaran pulak, dah tentu-tentu aku suka scene Bruce Wayne dengan Miranda dekat pendiang api.

Wednesday, 18 July 2012

Best Moment For Women

Wanita, mahukan kepastian. Mereka benci kepada sesuatu yang tak jelas. Dan wanita juga, saat-saat kegemaran mereka ada semasa sedang di-mengorat.

Tuesday, 10 July 2012

Tasik Shah Alam Dan Memori

Semalam masa hujan lebat, aku lari cari berteduh di sebuah pondok berhampiran di Tasik Shah Alam. Cuaca sekarang memang makin lama makin tak menentu. Apa yang dikatakan musim itu, seolah dah tak wujud  lagi sekarang. Musim tak tahu bila, sebab boleh jadi setiap hari atau selang sehari hujan akan turun. Realiti.

Sebenarnya aku bukan kaki lepak sangat dekat Tasik Shah Alam ni, cuma semalam saja. Saja aku kontek member-member lama ajak layan angin dekat situ. Dulu kita orang semua dekat UiTM Shah Alam. Dan tempat rekreasi yang paling dekat, murah dan selesa untuk kami waktu tu, dah tentulah dekat tasik ni.

Kalau bulan ramadhan dulu-dulu, kami akan bawa bekal pada waktu petang, duduk lepak-lepak, dan bila azan maghrib berkumandang dari Masjid Besar, kami terus berbuka puasa di situ. Ramai-ramai. Hidup student, makan benda yang simple-simple, tapi bila dan berkumpul semua, kongsi makanan kau dengan kawan-kawan, semua benda jadi seronok.

Mula hari ini, kalau tak silap aku ramadhan tinggal lagi lebih kurang 10 hari, atau kurang atau lebih. Jadi kami dah buat pakat semalam. Sekuranganya sekali dalam ramadhan tahun ni, kami mesti buka puasa dekat tasik ni. Dapat kumpul 4 ke 5 orang pun dah boleh jalan dah. Ini orang panggil mengjengah balik memori. Ini je masa yang ada sebelum nanti masing-masing dah kawin dan kena ikat dengan bini.

Saturday, 7 July 2012

Aku Dan Pengemis

Pernah sekali lama dulu aku duduk tunggu bas dekat satu stesen bas, dalam Kuala Lumpur. Keadaan masa tu dah lewat malam, dan bas yang aku tunggu merupakan bas terkakhir yang melalui jalan ke rumah aku. Orang ramai dah mula lenggang. Yang tinggal cuma aku dan beberapa orang lagi perempuan yang duduk jauh sikit.

Tempat aku berdiri, berhadapan dengan kedai serbaneka 24 jam, ada longkang besar didepan, dan di koridor kedai serbaneka ini ada seorang pengemis lelaki. Dia sedang bersiap-siap macam nak balik, lepas sehari suntuk aku rasa menadah tangan mohon simpati dari orang yang lalu-lalang.

Sekejap tadi aku baru bagi seringit dekat dia, kebetulan aku ada 8 ringgit, jadi lepas tolak tambang bas dan makan tengahari besok cukup la untuk aku, sementara menunggu gaji masuk esok lagi satunya pulak. Aku percaya, pahala memberi yang terbesar ialah memberi disaat kita juga memerlukan. Aku boleh cari duit lain, sebab aku ada kerja dan yang penting, aku ada kaki dan tangan.

Lelaki pengemis ni, dia hanya ada sebelah kaki saja. Sebelah lagi kudung separas lutut. Kesian.

Sewaktu dia sedang mengemas barang-barangnya aku ralit perhatikan dia. Timbul rasa simpati. Kemana dia nak tidur malam ni gamaknya. Dia ada rumah ke? Dah makan ke? Cukup ke duit seringit yang aku bagi tadi? Nak beli apa dengan seringit tu?

Dia terus mengemas, ambil beg sandangnya dan keluarkan sesuatu.

Kaki palsu?

Dia keluarkan kaki palsu dari beg. Terus dipasangkan ke lututnya dan seluar panjang itu segera diturunkan menutup bahagian yang palsu tadi. Sekarang sudah menjadi lelaki yang sempurna.

Ambil beg dan masukkan kolenya kedalam beg. Zipp beg terbuka luas. Dan semasa zipp beg terbuka luas itulah aku nampak dengan jelas berkoyan-koyan duit memenuhi ruang beg yang besar tu, sampai nak tutup zipp semula pun terpaksa tolak-tolak duit tu tekan ke dalam. Kemudian dia sangkut beg kebahu. Keluarkan sikit dan sikat rambut bagi lawa.

Siap merias rambut terus bangun. Segak dan bergaya. Tak macam tadi, baju koyak pun dah ditukar ke kemeja. Terus dia berjalan ke arah parking lot di seberang jalan.

Dan waktu ini sedang berjalan ke arah bas terakhir yang baru tiba.




Wednesday, 4 July 2012

Sifat-Sifat Lelaki TAURUS

Taurus
(April 20 - March 20)


Lelaki Taurus dia tahu apa yang dia mahukan dalam hidup dan bagaimana cara untuk mencapainya. Bukan jenis yang cepat marah, suka memendam rasa, tidak mudah marah. Namun sekali dia marah selalunya akan berakhir dengan dasyat. Mereka ini simbol kepastian yang kuat dan berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan. Punya minat yang tinggi terhadap pakaian, lukisan, barang-barang antik dan barang-barang mewah lainnya.

Mereka ini kelilingi oleh planet Venus
Bunga yang sesuai ialah Daisy dan Violet
Batu bertuah ialah Batu Pirus (batu mata kebiruan)
Bereleman Tanah
Pasangan serasi Scorpio
Aroma bertuah ialah Madu, Mawar, Lily dan Kayu Oak
Nombor bertuah 12, 19, 23, 33, 39, 41.

Kerasa kepala, materialistik, Pasif, Ramah dan Sabar, Praktis dan Setia dan bertolerasi yang tinggi. Boleh dijadikan rujukan untuk keluar dari masalah. Tidak suka melanggar janji dan tidak mudah berganjak dari pendirian. Suka menolong orang lain, tetapi tidak suka didesak.

Gemar pada alunan muzik yang indah, lembut dan mendamaikan. Dalam asmara pula mereka adalah pasangan yang setia, cenderung pendiam dan sangat berghairah. Menyatakan perasaan secara langsung dan tepat, berusaha untuk menyenangkan hati pasangan dengan balasan mendapat yang sama dari pasangan.

Dalam kerjaya, Taurus ini adalah seorang yang kreatif, jika di bidang pernigaan mereka sangat licik. Gemar melakukan kerja-kerja last minute, tetapi mematuhi dateline. Kerjaya yang sesuai dengan mereka ialah menjadi seniman (pelakon, pelukis, pengarah, penulis) atau pegawai bank, atau pegawai perhubungan awam di sesuatu organisasi. Kerana mereka bijak dalam berkata-kata.

Tuesday, 3 July 2012

Target Awal Bulan


RM 110.00


RM 110.00

Setakat nak sambar sehelai dua lepas dapat gaji ni apa ada hal sangat. 

Monday, 2 July 2012

Pementasan Teater Beng Hock

Aku jenis suka tengok teater dan follow sikit-sikit scene ni. Kalau kena dengan group yang aku minat, pengarah dan pelakon yang aku suka, memang pasti aku akan turun. Tapi nak dapat tiket free jangan harap la, tapi aku jugak nak kisah. Tiket teater-teater alternatif kat KL ni bukan mana mana pun, takat 20 ke 30 ringgit je. Standart harga rokok dua kotak je.

Sekarang dah sah, ada satu pementasan teater Beng Hock nak buat dekat KLPAC. Masuk percuma, bukan selalu. Dari tajuk dah dapat agak dah, ini mesti adaptasi atau berdasarkan dari kisah benar kejadian Beng Hock tu sendiri. 26 Julai tahun 2009,Teo Beng Hock ditemui mati selepas jatuh dari tingkat 5 sebuah bangunan di Shah Alam. Itulah intipati asal cerita ni.

Tarikh pementasan 6 hingga 8 hb Julai 2012. Bertempat di KLPAC jam 8.30 malam.