Friday, 21 September 2012

Panduan ke Tioman

Tioman, satu pulau tapi ada banyak-banyak kampung dan pantai. Setiap pantai atau kampung tu tak boleh dihubungkan dengan jalan darat, ada sebenarnya. Tapi jungle treking. Jadi kenderaan rasmi ialah bot, yang dipanggil sebagai taxi.

Cara-Cara Nak Ke Pulau Tioman

Aku duduk di KL, area mana tak payah la aku nak citer lebih. Jadi aku akan ceritakan macam mana nak ke Pulau Tioman kalau kau dari KL menggunakan public transport. Pertama aku terus tuju Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Kalau kau dari ceruk mana pun KL ni, amiklah tren ke situ. Aku ambik tren ke Seremban dari KL Sentral dan turun di Bandar Tasik Selatan. Maknanya turun di Bandar Tasik Selatan tu, automatik turun TBS lah.

Bila sampai di TBS, aku usha tiket bas ke Mersing. Belilah dari syarikat mana pun kan nak beli, belilah bas pukul berapa punya yang kau selesa. Aku beli tiket pukul 11.30 malam dengan syarikat Transtnasional. Perjalanan yang mula jam 11.30 malam tu akan tiba di Mersing kira-kira jam 5 pagi. Oleh sebab waktu pagi benor, teksi pun belum beroperasi. Aku amik keputusan untuk jalan kaki dari Terminal Bas ke Jeti Mersing. Tak jauh mana, dalam 10 minit jalan kaki je. Atau kalau berlari lari lagi cepatlah sampai, 5 minit pun boleh. Kalau tak tahu jalan ke Jeti, tanyalah orang ikut arah mana. Tapi kau sampai siang, boleh je kau naik teksi.

Bila sampai di Jeti, ambil pulak tiket Ferry ke Pulau Tioman. Okey perkara yang penting akan terjadi di sini... ialah kau perlu pilih nak turun di Jeti Mana atau kampung mana dekat Pulau Tioman tu. Ini aku tampal gambar peta Pulau Tioman dekat bawah ni. 


Okey. Ada 13 spot warna merah yang bermakna kampung dekat dalam Peta tu, tapi Ferry takkan berhenti di setiap kampung tu. Hentian pertama ferry akan berhenti adalah di Genting, kemudian Paya, Kemudian Lalang, Kemudian Tekek dan Salang.

Kalau jenis yang nak rileks betul betul rileks dengan makna nak pantai yang tak ramai orang. Pilihlah Genting atau Paya, juga Panuba. Tapi ferry tak berhenti di Panuba. Jadi kau turun di Tekek dan ambil teksi laut ke Panuba. Kalau kau nak ada banyak kemudahan sikit seperti perlukan A.T.M dan ada supermarket pergilah ke Tekek tu. Tapi kalau kau nak ke pantai yang hapening sikit, dan menjadi tumpuan banyak orang serta aweks-aweks cun juga balak encem pergilah ke Salang. 

Baik, dalam perjalanan ni aku pilih Salang. Pertama sebab aku suka suasana di Salang. Orang dia peramah, ada banyak chalet-chalet dan pantainya Landai. Kelebihan di Salang ni ialah... air dia Paling Jernih di sini dan kita boleh snorkeling di tepi pantai je. Terumbu karang dan ikan-ikan dia dah cukup cantik di situ. Tak payah nak naik bot ke tempat lain.

Chalet-Chalet Di Salang, Pulau Tioman

1 . Ella Place
2 . Salang Indah Resort
3 . Salang Pusaka Resort
4 . Pak Long Chalet
5 . Nora Chalet
6 . Puteri Salang In

Rate kesemua chalet ni berada dalam lingkuang RM 40 hingga RM 300. Bergantung chalet mana yang kau pilih dan chalet macam mana yang kau pilih. Kalau budget besar kau boleh pilih Salang Indah Resort, dan kalau budget kecik kau ambik Nora Chalet. Tapi walaupun Nora Chalet ni dalam kategori murah, chalet dia tetap ok dan selesa.

Pakej-Pakej Di Pulau Tioman.

Sebahagian besar dari chalet-chalet ada menyediakan pakej untuk pengunjung mereka. Antaranya siap dengan pakej sarapan pagi, makan tengahari serta makan malam, juga BBQ untuk yang datang berkumpulan. Itu pakej makan, kalau nak. Kalau taknak takpe, sewa chalet je. Makan boleh lepak dekat mana-mana bar atau kedai makan yang berderat sepanjang pantai. Dan jangan risau, view memang terbaik menghadap laut. Ada open air atas pasir pantai, ada yang berbumbung atas simen. Kedai-kedai craf pun banyak jugak.

Itu untuk makan, untuk jalan-jalan pulak. Ada disediakan pakej Island Hopping, jalan-jalan pusing satu pulau naik bot dan berhenti di spot-spot yang best. Ada air terjun di Mukut, ada bagi ikan makan dalam laut di Marine Park dan ada snorkeling di beberapa tempat terpilih. Pakej pusing pulau tadi adalah RM100**,  dan pakej snorkeling tadi je pulak RM70**. Life jacket, makan tengahari dan mask disediakan. Mana yang kaki pancing, pun ada pakej jugak. Dan itu harganya dalam RM 100** hingga RM 1000**, bergantung pada berapa jam dan berapa hari.

Tapi kalau tak nak amik pakej tu, jangan risau. Di tepi pantai Salang tetap banyak orang snorkeling. Sebab bila lepas musim monsum habis, terumbu karang dekat tepi pantai dia memang cukup cantik. Memancing boleh di sekitar situ je. Nak berkayak, nak berenang apatah lagi. Cuma nak berjetski itu memang tak ada.  Segala banana bot, fyling fox terbang apa ke benda yang sangkut dengan bot tu, semua tak ada. Jadi pantai ni tak bising dengan segala benda bukan-bukan tu.

Apa yang membezakan Salang dengan pantai-pantai lain lagi ialah, malam dekat sini hapening. Di pesisir pantai ada banyak kedai-kedai makan dan bar yang menghadap laut. Syok bila lepak minum sambil layan reggae.

Ini air terjun di Kg Asah. Kalau amik pakej Round Pulau, memang akan singgah.

Ini yang di sebut-sebut Monkey Bay. Tak de orang dekat pantai ni. Boleh pergi nak taxi laut, atau jungle treking dari Pantai Salang.

Air laut yang jernih. Tapi tempat mandi dengan snokeling bukan dekat sini. Dekat hujung sana nun, bawah bukit.

Salah satu chalet yang paling cantik. Tapi sayang tak diluluskan untuk beroperasi. Tapi depan dia tu, boleh tengok terumbu karang cantik-cantik belaka.

Ini pun sama, view dari chalet yang Chalet yang sama, aku cuma nak tunjuk air dia yang jernih tu je.

Walaupun tempat ini aman, dan kira free zon. Tapi pondok polis tetap ada.

Pemandangan di salah satu chalet.


 Ini pun... pemandangan dari salah satu chalet.

Permulaan masuk nak ke Air Terjun Kg Asah.

33 comments:

  1. thanks bro..menarik info kau tu! i loike!!!

    ReplyDelete
  2. tima kasey utk info nih..

    ReplyDelete
  3. huhuhu..nice2, thanks for de info, ya

    ReplyDelete
  4. hai. awak ambik pakej ke atau pergi sendiri?

    ReplyDelete
  5. info yng sgt menarik... bagus.... thanks

    ReplyDelete
  6. Ko ada tk amik fon num chalet2 kt salang tu?
    Klau ada share kt sini bole?btw tq 4 da infos!

    ReplyDelete
  7. berapa eh tiket tbs - mersing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak..kalau dr utara baik dri tbs ke bastand pahang..lpas tu trus g jeti tanjung gemuk pahang..citu feri ke pulau tioman ada,dibandingkn ke mersing,jauh gler..melainkan awak dari selatan boleh la g mersing,kn2?

      Delete
  8. Hi. Nak gi 4 jun ni. Ada no telefon pakej round island hopping yg rm 100? Tq

    ReplyDelete
  9. Just wanna make some correction ttg info yg diberi.

    Hentian Feri
    1- Kg. Genting
    2- Kg. Paya
    3- Kg. Tekek
    4- Kg. Air Batang
    5- Panuba Inn
    6- Kg. Salang

    *Feri akan berhenti di Panuba Inn atas request dari pelancong. Kena bagitau boatman yg kita nak turun di Panuba. So that, diaorg akan berhenti. Tak perlu turun di Tekek. Terlalu jauh.

    ReplyDelete
  10. Kalau bulan Dec bukak tak tempat2 ni

    ReplyDelete
  11. Thanks for the info, syukur ada feri yg berhenti di Panuba.. memang teringin ke Panuba sebab nakkan kelainan. Sebelum ini pernah ke Salang..memang happening kat sana...banyak chalet dan kedai makan pun banyak..

    ReplyDelete
  12. tq...info...pulau tioman,kau tunggu kami datang huhuhu

    ReplyDelete
  13. tq...info...pulau tioman,kau tunggu kami datang huhuhu

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, salam Pulau Tioman, saya abang wan ingin share sedikit info seandaikan tuan / puan ingin membeli ticket ferry boleh menghubungi abang wan, tujuan ini memudahkan tuan puan untuk mendapatkan ticket terlebih awal..

    tuan puan boleh klik link tersebut : Ferry Booking

    ReplyDelete
  16. abg wan..kalau bulan oktober cuaca ok ke x nak pergi ke tioman?

    ReplyDelete
  17. boleh email atau whatsapp x mna nk amik pakej snorkeling around 70++ tu XD # 0127831896 / razmanarshad@yahoo.com

    ReplyDelete
  18. boleh email atau whatsapp x mna nk amik pakej snorkeling around 70++ tu XD # 0127831896 / razmanarshad@yahoo.com

    ReplyDelete
  19. Nak tanya? Situ ada ke sewa motor? Kalau ada tolong respond, thank you.

    zeefays97@yahoo.com

    ReplyDelete
  20. Salam.. Dri kuantan sye try search easybook utk amik bas dri terminal sentral kuantan ke mersing.. Tp tiada.. Ade cadangan tak?

    ReplyDelete
  21. pakej menarik bas dr tbs ke tanjung gemok mulai jam4 pagi, 9 pagi, 3 ptg dan 11 mlam. Manakala bagi tanjung gemok ke tbs pula pada pukul 8.30 pagi, 12.30 ptg, 10 malam. Harga hanyalah rm 34.00 . hubungi 09-4526773

    ReplyDelete
  22. Mcm best je.. Da 2 Kali ddk kt sunbeach Pasni nk try kg lain pulak.. Ade pakej2 budget X? Pm pls 0127483540

    ReplyDelete