Friday, 29 June 2012

Sesi Pelancaran Buku Antalogi SEPULUH RIBU

SEPULUH RIBU projek antalogi yang menggabungkan 10 orang penulis didalam satu buku. Kesemua mereka budak budak baru menulis belaka, dan projek ni dibawah selenggaraan Cik Wani Ardy. Awek yang tulis buku Langit Vanilla tu.  Antalogi ni diterbitkan oleh syarikat pernerbitan alternatif SeLUT Press. Sebuah syarikat yang stylo dimiliki oleh Aloy Paradoks dan rakan kongsinya Sufian Abas.

Buku ini telah dilancarkan pada 24 hb Jun lalu bertempat di Annexe Galery Central Market. Tahniah pada mereka.


Athina Marzuki sedang menjawab soalan berhubung projek ini, diperhatikan oleh Cik Wani Ardy kanan beliau dan Zara Suryani. Serius budak ni, style-style minah art la ni.

Adi Wafi dan Cik Wani Ardy gembira menunjukkan hasil kerja mereka. Mungkin bercampur sedikit riak, barangkali.


Fasyali Fadzly seorang pengarah/teater sibuk melayani tandatangan untuk peminat, tapi yang sebenarnya peminat yang beli tu pun kawan serumah dia. Apa-apa ntah, bila tanda tangan dekat rumah sudah...

Tun Boja Bistara penulis cerpen Cong. Dia kata cerpen dia bagus. Ntah ye ntah idak budak ni.


Adiwafi bersemangat membuat penerangan tentang hasil karya beliau. Yang lain mungkin melihat sambil mencemuh dalam hati.


Barisan penulis-penulis perempuan, ada yang senyum dan ada yang cakap. Ntah yang disenyumkan pun tak tahu.


Lagi sekali Adi Wafi mendapat perhatian. Dia lelaki hangat hari tu.

Semua foto aku kopipaste dari facebook Along Zunaira. Kalau dia marah, padan muka.

No comments:

Post a Comment