Wednesday 27 June 2012

Aku kesan kau sebagai pencuri

Malam tadi semasa aku tidur,
aku sedar ada seseorang yang telah menyelinap masuk,
terus aku berpura-pura tidur.

Pertama,
kerana aku ingin mengecam dulu siapa dia.
Kedua,
aku khuatir jika itu bukan kamu.

Tapi ternyata memang benar itu kamu
tapi aneh juga kerana kamu tak berbaring terus di sisi aku.

Kau ambil sesuatu dari laci meja baca ku,
kau tutup perlahan-lahan,
dan kau bergegas keluar dari situ.

Celaka sayang...
sekarang kau dah mula jadi pencuri lagi?
Tak cukup lagi kau curi hati aku?


No comments:

Post a Comment